AGENDA

Duit empat pemilik akaun hilang RM24.2 juta, kakitangan bank ditahan polis

15 Jun 2024, 1:40 PM
Duit empat pemilik akaun hilang RM24.2 juta, kakitangan bank ditahan polis

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis lepas dan polis telah merampas tiga unit telefon bimbit, lapan kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM4,400 serta sebuah komputer riba.

“Siasatan setakat ini mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan.

“Ini memandangkan urusan tersebut hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan.

Ramly berkata semua pemilik akaun menafikan bahawa mereka tahu tentang perkara itu dan tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan serta mengenal pasti beberapa individu lain yang terbabit.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619