AGENDA

Insentif haji naik RM1,000, bukti komitmen negeri angkat nilai Islam

15 Jun 2024, 10:25 AM
Insentif haji naik RM1,000, bukti komitmen negeri angkat nilai Islam
Insentif haji naik RM1,000, bukti komitmen negeri angkat nilai Islam

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Negeri meningkatkan jumlah Insentif Haji Muassasah kepada RM1,000 pada tahun ini, yang memanfaatkan seramai 6,000 jemaah.

Dato' Menteri Besar berkata pemberian wang tunai itu melibatkan pertambahan peruntukan berjumlah RM6 juta berbanding RM1.5 juta kepada 3,000 jemaah bagi dua tahun sebelum ini.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, peningkatan jumlah insentif dan penerima menjadi bukti semangat serta komitmen pentadbiran negeri mengangkat nilai Islam.

“Bagi dua tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri memberi RM500 termasuk kit haji kepada 3,000 tetamu Allah yang mengunjungi Baitullah. Bagaimanapun, tahun ini, kita beri RM1,000 dan penerima juga dinaikkan lagi 3,000 orang.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta agar niat murni ini menjadi satu kenyataan. Pemberian ini diharap dapat menampung perbelanjaan serta membolehkan insan terpilih beribadah dengan selesa di tanah suci," katanya di Facebook.

Pada 3 Mei, Amirudin mengumumkan Insentif Haji Muassasah meningkatkan dari RM500 kepada RM1,000 yang memanfaatkan 6,000 jemaah haji pada tahun ini, melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta.

Proses dan tempoh pendaftaran permohonan bermula sejak 6 Mei hingga 23 Ogos ini. Permohonan diselaraskan secara bersama oleh pusat khidmat masyarakat dewan undangan negeri (DUN), pejabat penyelaras DUN dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai kos perjalanan 36 jemaah menunaikan haji secara percuma

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619