AGENDA

Terlalu ramai terbunuh, hidup kanak-kanak Palestin paling menderita

14 Jun 2024, 11:43 AM
Terlalu ramai terbunuh, hidup kanak-kanak Palestin paling menderita

TEHRAN, 14 JUN: Kanak-kanak Palestin telah melalui apa yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak di dunia, kata Philippe Lazzarini, Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Lazzarini menekankan dalam satu hantaran di akaun X miliknya pada Khamis bahawa kanak-kanak adalah yang pertama dan paling menderita dalam konflik dan peperangan, serta perang di Gaza tidak terkecuali, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

"Terlalu ramai yang terbunuh, terlalu ramai yang cedera dan terlalu ramai yang akan mengalami parut seumur hidup," katanya.

"Mereka yang terselamat berada dalam trauma yang serius. Sekolah-sekolah mereka telah dimusnahkan dan mereka kehilangan setahun persekolahan, tanpa pendidikan atau bermain. Perang merampas zaman kanak-kanak kanak-kanak Gaza," katanya lagi.

Beliau juga menyeru gencatan senjata segera di wilayah yang dikepung itu, memberi amaran bahawa tanpa gencatan senjata, kanak-kanak Gaza akan menjadi generasi yang hilang, mudah menjadi mangsa eksploitasi.

Lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh di Gaza sejak permulaan serangan genosid oleh rejim Israel pada 7 Oktober 2023.

-BERNAMA-IRNA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619