AGENDA

Promosi judi dalam talian, 27 pempengaruh media sosial ditahan

14 Jun 2024, 7:56 AM
Promosi judi dalam talian, 27 pempengaruh media sosial ditahan

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 27 pempengaruh media sosial ditahan polis semalam berikutan disyaki bersubahat dengan sindiket perjudian untuk mempromosi kegiatan itu dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata kesemua suspek ditahan serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, lapor Berita Harian.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan pempengaruh itu termasuk 23 wanita berusia antara 21 hingga 35 tahun dibayar berdasarkan jumlah pengikut di akaun media sosial masing-masing.

"Setiap pempengaruh dibayar antara RM1,500 ke RM8,000 bergantung jumlah pengikut di media sosial.

"Siasatan mendapati setiap pempengaruh digaji sindiket ini aktif sekurang-kurangnya di dua platform media sosial," katanya yang turut merampas 30 telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Mohd Shuhaily menambah pempengaruh yang terlibat menjual pelbagai barangan termasuk produk kecantikan, di samping mempromosi laman kegiatan judi dalam talian lebih setahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619