AGENDA

JKR: Ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh kena tindakan

14 Jun 2024, 6:41 AM
JKR: Ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh kena tindakan

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (Pakej 2B: Ketereh Ke Kok Lanas) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan tapak pembinaan dan orang awam dilarang untuk memasuki kawasan tersebut.

“Kontrak sedia ada projek ini telah ditamatkan dan dalam proses tender semula. Langkah-langkah kawalan selepas penamatan kontrak telah dilaksanakan seperti pemasangan papan tanda amaran dan penghadang konkrit bagi menghalang akses keluar dan masuk ke kawasan tapak pembinaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada artikel sebuah akhbar bertajuk ‘Lebuh Raya Tak Siap Kini Jadi Litar Rempit’ disiarkan pada 11 Jun lepas yang melaporkan kawasan itu dijadikan litar perlumbaan haram oleh penunggang motosikal atau ‘mat rempit’.

Menurut JKR, pihaknya akan sentiasa memastikan papan tanda amaran dan penghadang konkrit berada dalam keadaan baik dan teratur di tapak berkenaan.

“Laporan polis juga telah dibuat bagi memohon kerjasama pihak berkuasa untuk membuat rondaan secara berkala di lokasi berkenaan. Kerjasama daripada semua pihak dalam mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa adalah amat diharapkan,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619