PBT

MDSB wajibkan premis makanan pasang, senggara perangkap minyak

13 Jun 2024, 8:30 AM
MDSB wajibkan premis makanan pasang, senggara perangkap minyak

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mewajibkan semua premis makanan dalam kawasan itu memasang perangkap minyak bagi kebersihan, berkuat kuasa serta-merta.

Unit Korporat dan Perhubungan Awamnya menjelaskan perangkap minyak itu perlu dipasang pada bahagian saluran paip pembuang dan diselenggara secara harian atau mingguan.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan juga mewajibkan pemilik premis mempamerkan jadual penyelenggaraan masing-masing dan memastikan pembersihan dibuat mengikut ketetapan.

"Bahagian lemak, minyak dan gris (FOG) pada perangkap minyak hendaklah dibuang dalam plastik hitam sebelum dilupus ke tong sampah. Dilarang membuang mana-mana bahagian FOG ke longkang," kata MDSB.

Tegasnya, pemilik yang ingkar akan dikenakan tindakan bawah Seksyen 65 Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDSB) 2007, iaitu denda kurang RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, kesalahan berulang setelah pensabitan pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619