EXCO

KPKT disaran sedia dana, geran selenggara infrastruktur kediaman strata

12 Jun 2024, 7:01 AM
KPKT disaran sedia dana, geran selenggara infrastruktur kediaman strata
KPKT disaran sedia dana, geran selenggara infrastruktur kediaman strata
KPKT disaran sedia dana, geran selenggara infrastruktur kediaman strata

SHAH ALAM, 12 JUN: Badan pengurusan bersama (JMB) dan perbadanan bersama (MC) kediaman strata perlu diberi dana atau geran tinggi supaya mampu menyelenggara kemudahan asas penduduk.

EXCO perumahan berkata menerusi langkah itu, keperluan penduduk antaranya lif, sistem saliran serta infrastruktur lain dapat berfungsi lebih baik sekali gus menjamin keselesaan penghuni.

Jelas Borhan Aman Shah, pihak JMB dan MC juga perlu didedahkan dengan inisiatif pembangunan seperti latihan berkala atau bengkel supaya mereka dapat memahami tanggungjawab selain mampu mengurus kewangan dan penyelenggaraan lebih efektif.

“Ini antara cadangan yang kita kemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya mereka dapat meneliti semula Akta 757 dengan mengambil kira isu kebajikan ahli JMB, MC.

[caption id="attachment_647498" align="aligncenter" width="875"] EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap pada Program Seminar Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Berstrata (c-smart) Siri 2 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Midland, Seksyen 7 Shah Alam pada 12 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Cadangan ini adalah hasil dapatan selepas membuat sesi pemukiman dan merupakan langkah memantapkan lagi pengurusan strata. Kajian semula ini penting untuk memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada terus relevan dan efektif dalam mengurus cabaran baharu,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan seminar pemantapan pengurusan bangunan kediaman strata Selangor @SMART 2024 dihadiri hampir 250 wakil JMB dan MC selain wakil pihak berkuasa tempatan dan KPKT.

Borhan berkata pihaknya turut mencadangkan supaya ahli JMB dan MC turut dilindungi insurans atau diberikan pakej khas bagi membolehkan mereka melaksana tugas tanpa tekanan dan berkesan.

“Kita berharap KPKT dapat memperkenalkan teknologi baru dan inovasi termasuk penggunaan aplikasi mudah alih dan sistem pengurusan digital yang boleh memudahkan urusan serta meningkatkan kecekapan pengurusan,” katanya.

[caption id="attachment_647499" align="aligncenter" width="1188"] Antara peserta Program Seminar Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Berstrata (c-smart) Siri 2 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Midland, Seksyen 7 Shah Alam pada 12 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619