AGENDA

Raja Muda Selangor lancar projek pusat perubatan pakar Siraj Putra UPM

11 Jun 2024, 8:17 AM
Raja Muda Selangor lancar projek pusat perubatan pakar Siraj Putra UPM
Raja Muda Selangor lancar projek pusat perubatan pakar Siraj Putra UPM

SHAH ALAM, 11 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan projek pembinaan pusat perubatan pakar Siraj Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan berkata pembinaan pusat perubatan pakar berkenaan dalam kawasan Putra Medical City, UPM bermula Januari 2025 dengan anggaran kos RM400 juta.

[caption id="attachment_647345" align="aligncenter" width="1018"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan projek pembinaan pusat perubatan pakar Siraj Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 10 Jun 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

“Pusat perubatan ini bakal memuatkan kapasiti 300 katil dan dijangka beroperasi pada Julai 2027.

“Projek ini juga dijangka menjadi pemangkin dan perintis kepada UPM sebagai model pembangunan mampan ke arah meningkatkan pendapatan universiti,” menurut kenyataan itu.

Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Sirage Medco Sdn Bhd dan YT Medical City Sdn Bhd.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619