ADN

Isu limpahan air hujan, pembentung tersumbat di Taman Desa Melor segera diatasi

11 Jun 2024, 2:30 AM
Isu limpahan air hujan, pembentung tersumbat di Taman Desa Melor segera diatasi

SHAH ALAM, 11 JUN: Kejadian limpahan air ke jalan raya yang berpunca dari aliran sungai yang deras hingga menjejaskan 16 unit rumah di Taman Desa Melor, Serendah segera diatasi.

Menurut penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, pihaknya akan menyediakan jentera pengorek bagi membersihkan pembentung longkang yang tersumbat.

Saifuddin Shafi Muhammad berkata pihaknya bersama Penghulu Mukim Serendah, Persatuan Penduduk Taman Desa Melor dan Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor turun meninjaun selurus menerima aduan lewat petang semalam.

"Selepas membuat penelitian bersama, aliran air Sungai Durian yang deras menjadi punca aliran air kuat menyebabkan air melimpah ke jalan raya.

"Selain itu pembentung longkang tersumbat juga tidak dapat menampung aliran air yang kuat ketika hujan lebat," katanya yang turut memaklumkan kerja pembersihan akan dilakukan sebaik mencapai persetujuan penduduk.

Menurut Saifuddin, keadaan air melimpah itu berpunca daripada anak sungai berdekatan projek Laluan Rel Pantai Timur.

Beliau menambah Penghulu Mukim Serendah akan mengadakan perbicangan segera bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menangani keadaan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619