AGENDA

Skuasy berpasukan campuran raih emas di Kejohanan Piala SEA

9 Jun 2024, 2:40 PM
Skuasy berpasukan campuran raih emas di Kejohanan Piala SEA

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Pemain skuasy meningkat naik negara Sanjay Jeeva dan K Sehveetrra mempamerkan prestasi cemerlang untuk membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan campuran pada Kejohanan Piala SEA selepas menewaskan tuan rumah Filipina 2-0.

Sanjay yang menjuarai perseorangan lelaki pada Rabu lepas memberikan mata pertama buat Malaysia setelah menewaskan David Pelino 11-5, 11-8, 11-7 dalam masa 24 minit di Kompleks Sukan Memorial Rizal di Manila.

Sehveetrra kemudian menyingkirkan Jemyca Aribado 11-1, 12-10, 11-5 dalam tempoh 28 minit untuk mengesahkan kejuaraan.

“Saya mengalami sedikit tekanan dan terpaksa memberikan beberapa mata mudah yang membantu Jemyca untuk mengejar, tetapi saya berjaya mengatasinya dan menang dalam straight set.

“Semua pemain negara melakukan yang terbaik dan tiada siapa yang mempamerkan prestasi buruk dalam mana-mana perlawanan (menuju ke final),” kata Sehveetrra.

Selain pingat emas perseorangan lelaki dan berpasukan campuran, Malaysia turut menjuarai acara perseorangan wanita dan beregu campuran masing-masing menerusi Ainaa Amani Ampandi dan gandingan Ong Sai Hung-Ainaa.

Sementara Sai Hung dan Chan Yiwen masing-masing memenangi pingat perak dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619