AGENSI

Kesan aliran berbuih di Sungai Gombak, LUAS jalankan siasatan

9 Jun 2024, 9:40 AM
Kesan aliran berbuih di Sungai Gombak, LUAS jalankan siasatan

SHAH ALAM, 9 JUN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca aliran berbuih yang dikesan di Sungai Gombak sekitar 1 tengah hari semalam.

Agensi dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan siasatan sehingga jam 4 pagi tadi tidak menemukan sebarang kesan.

"Siasatan LUAS bersama Air Selangor ditangguh berikutan kekangan akses selain keadaan gelap serta kawasan hutan tebal.

"Siasatan akan disambung semula hari ini bagi mengenal pasti punca aliran berbuih tersebut dan tindakan berkaitan bagi mencegah ia berulang," katanya di Facebook.

Semalam, LUAS mengesan aliran berbuih di Sungai Gombak selain bau seakan diesel dikesan di satu lokasi tapak projek pembangunan di kawasan aliran tersebut.

LUAS juga melakukan pensampelan di lokasi dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut.

"Keadaan semasa terkawal dan pasukan LUAS bersama Air Selangor sedang menjalankan siasatan menjejaki punca aliran berbuih berkenaan di hulu Sungai Gombak dan anak sungai berkaitan," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619