AGENDA

Menteri: Rakyat kini hidup bersama virus Covid-19, kembali kepada normal

8 Jun 2024, 7:27 AM
Menteri: Rakyat kini hidup bersama virus Covid-19, kembali kepada normal

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus Covid-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata keputusan itu dibuat ketika mesyuarat pasca-Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat pasca-Kabinet KKM, kita buat keputusan bahawa kita sekarang ini hidup bersama virus, kita ambil sikap untuk memulakan fasa ini sama seperti virus lain seperti influenza dan chikugunya.

“Maknanya kita kini kembali kepada normal, kalau ada berlaku apa-apa KKM sentiasa memantau. Dalam persiapan untuk masa hadapan kita sentiasa bersedia kembali bertindak, buat masa ini kita kembali kepada normal... komunikasi akan dibuat dari semasa ke semasa andai berlaku kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan, sempena sambutan Hari Denggi Asean 2024 di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata rakyat perlu sentiasa peka terhadap perkembangan terkini Covid-19 dengan melayari data.moh.gov.my, bagi membolehkan mereka memantau status penularan wabak berkenaan dalam negara.

“Apa yang nak saya sebutkan kita kembali kepada normal, kalau bergejala pergi jumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan, kalau di kawasan khalayak ramai sentiasa menjaga yang lain dengan memakai pelitup muka anda,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619