AGENDA

13 rumah atas air terbakar, 111 orang dipindahkan

7 Jun 2024, 2:43 AM
13 rumah atas air terbakar, 111 orang dipindahkan

SANDAKAN, 7 JUN: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan mengawal kebakaran, berjaya menyelamatkan 340 rumah kayu di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui bagaimanapun berkata dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sepasukan BBP Sandakan bergegas ke lokasi kira-kira 13 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kebakaran pada 6.05 petang, ketua operasi melaporkan kawasan yang terbakar melibatkan keluasan satu ekar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 7.17 malam sebelum operasi ditamatkan jam 11.17 malam dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan 111 orang daripada 20 keluarga dipindahkan akibat kejadian tersebut.

“Mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi yang dibuka 8.30 malam tadi. Mereka yang dipindahkan terdiri 60 dewasa dan 51 kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619