AGENDA

Jun Hao tewaskan pemain ke-11 dunia, Aaron-Wooi Yik tamatkan saingan

6 Jun 2024, 9:21 AM
Jun Hao tewaskan pemain ke-11 dunia, Aaron-Wooi Yik tamatkan saingan

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024 di Jakarta hari ini.

Pemain ranking ke-32 itu berdepan cabaran getir sebelum menundukkan Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17 dalam tempoh 67 minit di Istora Senayan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Jun Hao yang mengejutkan pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan Jonatan Christie pada pusingan pembukaan semalam bakal berdepan juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China, esok.

Shi Feng, pemain pilihan keenam kejohanan menewaskan Christo Popov dari Perancis 21-11, 21-13, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Sementara itu beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619