EXCO

Mangsa kebakaran terharu terima sumbangan Kerajaan Negeri, ringan beban mangsa

6 Jun 2024, 7:17 AM
Mangsa kebakaran terharu terima sumbangan Kerajaan Negeri, ringan beban mangsa
Mangsa kebakaran terharu terima sumbangan Kerajaan Negeri, ringan beban mangsa
Mangsa kebakaran terharu terima sumbangan Kerajaan Negeri, ringan beban mangsa

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa kebakaran di Bandar Nusa Rhu di sini, hari ini.

EXCO Belia Najwan Halimi berkata sumbangan tersebut diserahkan bagi meringankan beban mangsa susulan kemusnahan hampir 80 peratus kediaman tersebut.

“Keadaan yang agak teruk di kawasan rumah mangsa. Dipercayai berpunca daripada kebakaran kereta dan kemudiannya merebak ke rumah.

“Syukur kerana kejadian ini tidak melibatkan kehilangan nyawa. Bagi pihak Kerajaan Negeri kami ingin ucapkan takziah dan kami serahkan sedikit sumbangan untuk ringankan beban,” katanya yang juga wakil rakyat Kota Anggerik.

[caption id="attachment_646555" align="aligncenter" width="914"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, Najwan Halimi meninjau keadaan rumah mangsa kebakaran Suhaidi Hamzah, 62 ketika menziarahi mangsa kebakaran di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam pada 6 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Najwan menyampaikan bantuan berkenaan di Bandar Nusa Rhu, di sini. Turut hadir Ketua Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Petaling Mohammad Sharil Ritin.

LZS turut menghulurkan sumbangan awal RM300 bagi membantu meringankan beban mangsa sebelum disusuli bantuan lain daripada agensi berkenaan.

Dalam pada itu, mangsa, Suhaidi Hamzah, 62, mengakui keluarganya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku pada 12.25 tengah malam pada 4 Jun lalu.

Menurutnya ketika kejadian beliau bersama isteri, ibu mentua, empat anak, menantu dan seorang cucu tidur sebelum dikejutkan anaknya yang terbangun melihat api di kenderaan yang diletakkan dalam garaj.

“Saya sangat terharu dengan bantuan yang diserahkan. Saya sangat berterima kasih, ini dapat membantu kami sekeluarga,” katanya yang kini tinggal di kediaman keduanya di Jeram, Kuala Selangor.

[caption id="attachment_646557" align="aligncenter" width="968"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, Najwan Halimi melawat rumah mangsa kebakaran Suhaidi Hamzah, 62 (tengah) di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam pada 6 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619