AGENSI

Sempena Aidiladha, KDEBWM sedia tong Roro di 384 lokasi sekitar Shah Alam

5 Jun 2024, 6:40 AM
Sempena Aidiladha, KDEBWM sedia tong Roro di 384 lokasi sekitar Shah Alam
Sempena Aidiladha, KDEBWM sedia tong Roro di 384 lokasi sekitar Shah Alam

SHAH ALAM, 5 JUN: Kutipan sampah domestik di daerah ini dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang hari raya Aidiladha nanti.

Ketua Operasi KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Shah Alam Mohd Rizal Karim berkata kutipan sampah itu meningkat berbanding hari biasa iaitu sekitar 650 ke 700 tan sehari.

“Kita sudah bersedia dengan jangkaan peningkatan kutipan sampah di sekitar Shah Alam menjelang sambutan Aidiladha.

"KDEBWM juga menyediakan tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bagi kutipan sampah pukal di 384 kawasan,” katanya ditemui pada program Greening The Globe di sini, hari ini.

Semalam KDEBWM memaklumkan urusan permohonan bantuan kutipan sampah pukal, pertanyaan dan sebarang aduan boleh dibuat melalui aplikasi iClean Selangor

iClean Selangor memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal secara dalam talian selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai program Greening The Globe, beliau memaklumkan program sempena sambutan Alam Sekitar Sedunia itu dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

“Program ini sebahagian tanggungjawab sosial korporat KDEBWM dan usaha dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar, dengan mengetengahkan pendekatan program Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM).

“Selain itu, kita turut mempromosikan aplikasi iClean Selangor dan mempamerkan salah satu aset KDEBWM tong Roro,” katanya.

Terdahulu, program tersebut turut membawa bas pendidikan alam sekitar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam usaha memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada generasi muda.

[caption id="attachment_646312" align="aligncenter" width="700"] Ketua Operasi KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Shah Alam Mohd Rizal Karim melawat pameran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama ketika program Greening The Globe di sini anjuran KDEBWM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah sekolah di Seksyen 18, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619