AGENSI

Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat 3 pagi esok

5 Jun 2024, 4:47 AM
Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat 3 pagi esok

SHAH ALAM, 5 JUN: Pengguna terlibat kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) menerima bekalan air secara berperingkat bermula jam 3 pagi esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerja penyenggaraan dan penggantian aset yang bermula jam 9 pagi tadi sedang giat dilakukan.

"Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di LRA SSP1 yang bermula jam 9 pagi tadi sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 7 malam, hari ini.

"Pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat bermula 3 pagi, 6 Jun setelah kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan," katanya.

Terdahulu Air Selangor memberitahu kerja penyenggaraan dan penggantian aset di loji berkenaan dimulakan jam 9 pagi ini mengikut jadual. Proses itu dijangka siap jam 7 malam ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X.

Syarikat itu juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619