AGENSI

Dua masjid terima sumbangan wakaf naik taraf prasarana

5 Jun 2024, 4:19 AM
Dua masjid terima sumbangan wakaf naik taraf prasarana

SHAH ALAM, 5 JUN: Dua masjid di Selangor menerima sumbangan bernilai RM183,699.79 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk menaik taraf prasarana demi keselesaan jemaah.

Menerusi Facebook PWS, sumbangan wakaf berjumlah RM133,699.79 diserahkan kepada Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, manakala baki kepada Masjid Ar Rahman Kampung Raja Musa, Kuala Selangor.

"Sumbangan wakaf fisabilillah untuk pemasangan karpet baharu di Masjid Ar Rahman, sementara Masjid Bandar Tun Hussein Onn hasil kutipan tabung wakaf tunai yang diletakkan di masjid.

"Sebanyak 33 peratus daripada hasil kutipan tabung akan diserahkan balik kepada masjid untuk kegunaan institusi dan manfaat jemaah," kata perbadanan itu pada 3 Jun.

Sumbangan diserahkan Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil kepada nazir masjid berkenaan.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619