AGENDA

Rakam video wanita dalam tandas, polis tahan lelaki warga asing

4 Jun 2024, 9:45 AM
Rakam video wanita dalam tandas, polis tahan lelaki warga asing

MELAKA, 4 JUN: Seorang lelaki Indonesia direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes merakam video seorang wanita di tandas menggunakan telefon bimbit di Lorong Hang Jebat di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dalam kejadian Ahad lepas seorang eksekutif wanita yang berusia 24 tahun menyedari dirinya dirakam suspek menerusi lubang di bahagian dinding kiri tandas di sebuah kedai biskut kira-kira pukul 4.15 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan pekerja pembersihan berumur 27 tahun telah bekerja di kedai biskut berkenaan sejak setahun lepas.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619