PBT

30 pelajar dilantik ahli majlis kanak-kanak, bantu MBPJ rancang bandar

4 Jun 2024, 9:00 AM
30 pelajar dilantik ahli majlis kanak-kanak, bantu MBPJ rancang bandar
30 pelajar dilantik ahli majlis kanak-kanak, bantu MBPJ rancang bandar
30 pelajar dilantik ahli majlis kanak-kanak, bantu MBPJ rancang bandar

PETALING JAYA, 4 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melantik 30 ahli majlis kanak-kanak Petaling Jaya (PJCC) dalam kalangan pelajar berkuat kuasa hari ini hingga 2025.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata PJCC merupakan platform untuk setiap ahli membawa suara kanak-kanak di Petaling Jaya selain terlibat dalam perancangan dan pengurusan bandar.

Mohamad Zahri Samingon menambah pelantikan dibuat merangkumi komuniti Melayu, Cina, India, Orang Asli selain orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah (B40).

[caption id="attachment_646144" align="aligncenter" width="809"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bercakap kepada media pada majlis pelancaran Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya 2030 dan pelantikan Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya 2024-2025 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 4 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sebagai contoh, sekiranya terdapat keperluan membina sebuah taman permainan kanak-kanak di kawasan Petaling Jaya, mereka akan mengemukakan cadangan kepada MBPJ untuk pertimbangan.

“Mereka yang dilantik berumur 11 hingga 17 tahun terdiri daripada sekolah rendah dan menengah. Ahli majlis ini turut diberi elaun pengangkutan (RM30) dan mesyuarat (RM50) setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya 2030 di Dewan Sivik MBPJ, di sini hari ini.

[caption id="attachment_646140" align="aligncenter" width="764"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (tengah) bergambar bersama ahli majlis kanak-kanak baharu pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya 2030 dan pelantikan ahli majlis kanak-kanak Petaling Jaya 2024-2025 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 04 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mohamad Zahri menjelaskan PJCC yang diwujudkan sejak 2009 merupakan komitmen MBPJ melindungi hak kanak-kanak dan memperkasakan mereka menjadi pemimpin bandar di masa hadapan.

“Menjelang tahun 2030, hampir 30 peratus daripada penduduk Petaling Jaya adalah kanak-kanak (202,247 orang)

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak membesar dalam persekitaran yang selamat, mempunyai akses kepada kemudahan asas, ruang untuk belajar serta platform untuk suara mereka didengari seperti diperjuangkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619