AGENDA

Influenza bawa maut, boleh tersebar pada jarak enam kaki

4 Jun 2024, 2:26 AM
Influenza bawa maut, boleh tersebar pada jarak enam kaki

SHAH ALAM, 4 JUN: Jangkitan influenza memberi kesan teruk kepada kesihatan termasuk sesak nafas, telinga bernanah, radang paru-paru dan boleh membawa maut, kata pakar kesihatan masyarakat.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menjelaskan virus tersebut juga boleh tersebar kepada orang lain pada jarak enam kaki atau 1.83 meter apabila batuk atau bersin, lapor Sinar Harian.

Menurut pakar dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu, ramai tidak menyedari dijangkiti influenza berikutan gejalanya seakan Covid-19 iaitu demam dan selesema.

“Virus ini boleh sampai ke otak, menyebabkan radang paru-paru, sesak nafas, hampir sama dengan Covid-19. Dalam kes tertentu, ada yang boleh kena dua-dua iaitu Covid-19 dan influenza,” katanya.

Beliau menambah influenza terbahagi kepada beberapa jenis dan jenis A sering menjadi wabak berikutan mampu tersebar tidak hanya menerusi burung tetapi juga melalui manusia.

Sharifa Ezat berkata setiap individu berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan terutama kanak-kanak dan warga emas yang menghidap penyakit kronik serta pesakit obesiti.

Berikut jenis influenza A yang juga berlaku kepada manusia:

H1N1: Spanish Flu (1918), Swine Flu atau Flu Babi (2009)

H2N2: Asian Flu (lewat 1950)

H3N2: Hong Kong Flu (lewat 1960)

H5N1: Hampir menjadi pandemik global (pertengahan 2000)

H7N9: Wabak di China (2013)

H7N7: Potensi untuk merebak daripada haiwan kepada manusia

H1N2: Endemik kepada babi

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619