AGENDA

Arab Saudi sedia 18 hospital, 126 pusat kesihatan ketika musim haji

3 Jun 2024, 1:00 AM
Arab Saudi sedia 18 hospital, 126 pusat kesihatan ketika musim haji

MAKKAH, 2 JUN: Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Makkah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim Haji tahun ini, 1445H.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan kluster itu menyatakan hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.

Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk memberikan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram selain tiga pusat kecemasan di halaman masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes kecemasan.

Hospital Al-Haram juga telah beroperasi di halaman utara Masjidil Haram.

Semua keupayaan telah dimanfaatkan untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan kerja di semua klinik pesakit luar di semua hospital dan pusat kesihatan, kata Kluster Kesihatan Makkah.

Sebanyak 3,944 katil telah diperuntukkan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan rapi, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim Haji, katanya.

-BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619