AGENSI

Lebih 50,000 orang ke Pavilion Selangor di pesta buku antarabangsa

2 Jun 2024, 11:00 AM
Lebih 50,000 orang ke Pavilion Selangor di pesta buku antarabangsa
Lebih 50,000 orang ke Pavilion Selangor di pesta buku antarabangsa
Lebih 50,000 orang ke Pavilion Selangor di pesta buku antarabangsa

KUALA LUMPUR, 2 JUN : Lebih 50,000 orang berkunjung ke Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, setakat semalam.

Koordinatornya Zafrullah Aris berkata pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menarik orang awam ke reruai tersebut antaranya pameran agensi Kerajaan Negeri dan sesi bual bicara.

[caption id="attachment_645881" align="alignleft" width="415"] Koordinator Pavilion Selangor PBAKL Zafrullah Aris. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita turut bawa pasukan Selangor FC untuk menjual jersi mereka sebagai tanda solidariti kepada Faisal Halim dan usahawan Selangor Youth Community untuk mempromosi produk dihasilkan.

"Sama seperti tahun sebelum kita juga menyelitkan segmen Hati dan Minda Sasterawan setiap hari sepanjang program berlangsung bagi mereka berkongsi pengalaman dan kejayaan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui Selangorkini di sini.

Pavilion Selangor yang dibuka mulai 10 pagi hingga 10 malam turut menampilkan sasterawan dan karyawan seperti Datuk Dr Siti Zainon Ismail dan Dato' Dr Zurinah Hassan.

Turut diundang sasterawan dan karyawan Daqmie; Ferri Anugerah Makmur; Roslan Madun; Azrul @ Maba; DJ Noramin; Sani Sudin dan Namron.

PBAKL edisi 2024 berlangsung 24 Mei hingga 2 Jun yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menawarkan 969 reruai dan ruang pameran dari penerbit buku tempatan dan luar negara.

[caption id="attachment_645879" align="aligncenter" width="618"] DJ Noramin ketika program Hati dan Minda Sasterawan/Karyawan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 1 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619