AGENDA

Operasi roboh ikut SOP, ayat suci al-Quran dialih penguat kuasa

1 Jun 2024, 4:05 PM
Operasi roboh ikut SOP, ayat suci al-Quran dialih penguat kuasa

SHAH ALAM, 1 JUN: Operasi perobohan penempatan setinggan di Kampung Sri Makmur, Gombak dipantau oleh pegawai bertugas dan dilaksanakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Menurut Pentadbir Tanah Gombak naskhah al-Quran dan bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran pula dialihkan ke tempat selamat oleh anggota penguat kuasa sebelum operasi.

Tindakan itu bagi mengelak kerugian kepada pemilik selain memelihara kehormatan kitab suci al-Quran.

"Anggota penguat kuasa yang bertugas sentiasa mengikut SOP kerja dan dipantau oleh pegawai bertugas untuk memastikan keseluruhan struktur terlibat termasuk surau dikosongkan sepenuhnya.

"Pihak pemaju juga telah melantik pekerja-pekerja yang memakai ves keselamatan untuk membantu memindahkan baki barangan di dalam struktur terlibat," menurut kenyataan.

Jelas pejabat itu, tindakan pengusiran dan perobohan pada 27 hingga 28 Mei dilaksanakan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang dikeluarkan pada 14 Mei 2024.

Tambah kenyataan itu lagi, sepanjang operasi, provokasi serta halangan dapat di kawal dengan baik.

"Pentadbiran ini menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan palsu seperti yang telah tular dan disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini," kata kenyataan.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619