AGENDA

Lapan jam dibuka 50,000 baucar buku ditebus, permohonan fasa pertama ditutup

1 Jun 2024, 12:41 PM
Lapan jam dibuka 50,000 baucar buku ditebus, permohonan fasa pertama ditutup

PUTRAJAYA, 1 JUN: Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT memaklumkan penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian untuk menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat di platform BookCapital, kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga penganjur bersama PBAKL 2024.

"Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak," KPT memaklumkan dalam hantaran di laman Facebook rasminya, di sini hari ini.

Menurut KPT, inisiatif baucar buku itu akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kelolaan KPT.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar IPT semasa perasmian PBAKL 2024.

Pengumuman tersebut merupakan satu langkah membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619