AGENDA

Permohonan kursus TVET JTM untuk lepasan SPM dibuka hingga 9 Jun

31 Mei 2024, 10:19 AM
Permohonan kursus TVET JTM untuk lepasan SPM dibuka hingga 9 Jun

PUTRAJAYA, 31 MEI: Permohonan mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibuka hingga 9 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini memaklumkan JTM menawarkan latihan TVET di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan bagi menghasilkan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

"Terdapat 32 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di seluruh negara menawarkan lebih 50 program dan 112 kursus kepada lepasan sekolah.

"Program latihan TVET yang ditawarkan ini penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri," menurut Kesuma.

Mereka yang berjaya ditawarkan turut berpeluang memohon pinjaman latihan kemahiran Islamik Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan syarat program latihan kemahiran yang ditawarkan mendapat tauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berdaftar dengan PTPK.

Sementara itu, calon lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga boleh membuat permohonan kursus TVET hingga 11 Jun ini.

Bidang yang ditawarkan di bawah program latihan TVET di ILJTM mengikut standard pekerjaan yang diiktiraf dengan penekanan terhadap komponen praktikal dan pendedahan kepada latihan industri.

Calon lepasan SPM boleh memohon menerusi sistem UPUOnline manakala lepasan SKM Tahap Tiga menerusi portal UP_TVET di pautan https://mohon.tvet.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619