AGENSI

Yide bawa 40 anak yatim ke Pesta Buku Antarabangsa KL, pupuk minat membaca

31 Mei 2024, 6:30 AM
Yide bawa 40 anak yatim ke Pesta Buku Antarabangsa KL, pupuk minat membaca

SHAH ALAM, 31 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membawa 40 anak yatim sekitar Gombak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), kelmarin.

Menurut yayasan itu, program 'Shopping Buku' dianjurkan sempena cuti sekolah bagi memberi peluang mereka membeli buku kegemaran sekali gus mempupuk minat membaca.

“Program ini melibatkan tiga rumah anak yatim yang berdaftar bawah Yide dan kita membawa 40 orang anak yatim iaitu 20 lelaki dan 20 perempuan ke PBAKL.

“Program yang julung kali diadakan memberi peluang dan ruang kepada anak-anak yatim untuk mendapatkan buku kegemaran mereka,” katanya menerusi Facebook.

Yide berkata setiap anak yatim turut menerima baucar RM120 iaitu RM100 bagi pembelian buku dan RM20 untuk membeli makanan dan minuman sepanjang program berkenaan.

Jelasnya, Yide berhasrat meneruskan program berkenaan pada masa akan datang bagi memenuhi ruang cuti sekolah anak yatim dengan aktiviti bermanfaat.

PBAKL edisi 2024 berlangsung 24 Mei hingga 2 Jun yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menawarkan 969 reruai dan ruang pameran dari penerbit buku tempatan dan luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619