SELANGOR

Istilah Al-Wahyu tingkat pengetahuan pengunjung festival turath

27 Mei 2024, 7:26 AM
Istilah Al-Wahyu tingkat pengetahuan pengunjung festival turath
Istilah Al-Wahyu tingkat pengetahuan pengunjung festival turath

SHAH ALAM, 27 MEI: Istilah Al-Wahyu dipilih bagi pameran sempena Festival Turath Islami Selangor bertujuan memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai maksud perkataan tersebut.

Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia berkata istilah itu bukan hanya dikaitkan dengan al-Quran malah menggerakkan umat Islam.

"Setakat kita tahu baca (al-Quran) tetapi tidak mengkaji, seseorang itu tidak akan kemana. Justeru, menerusi Al-Wahyu umat Islam dahulu keluar daripada tanah Arab sebab wahyu.

"Mereka keluar sebarkan agama Islam sebab arahan daripada wahyu yang diterima Rasulullah SAW dan pada saya kita perlu mendalami Al-Wahyu dengan lebih meluas," kata Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria.

Beliau berkata demikian menerusi Forum: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu di Pameran Al-Wahyu sempena Festival Turath Islami Selangor di sini semalam.

[caption id="attachment_644763" align="alignnone" width="754"] Antara pengunjung Pameran Al-Wahyu sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Pameran itu memperaga manuskrip al-Quran bertulisan tangan berusia hampir 400 tahun yang dibawa dari Muzium Al-Quran Narrathiwat, Thailand.

Turut dipamer ialah kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Naskhah al-Quran bertinta emas yang dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Terengganu ke-9, Sultan Ommar Muazzam Riayat Shah sekitar tahun 1800 juga diperaga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619