AGENSI

MBI agih bantuan tunai kepada 300 pelajar di DUN Selat Klang

24 Mei 2024, 2:00 PM
MBI agih bantuan tunai kepada 300 pelajar di DUN Selat Klang

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 300 pelajar sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang menerima sumbangan Kembali Ke Sekolah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor menerusi Facebook berkata setiap pelajar menerima sumbangan berjumlah RM100.

"Di bawah pentadbiran Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, bidang pendidikan terus diperkasakan melalui pelbagai program termasuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

"Kerajaan Negeri dan MBI telah berbelanja besar dalam memastikan agenda pendidikan di negeri tercinta ini terus diberi keutamaan," katanya.

Baru-baru ini, MBI memaklumkan RM1.7 juta diperuntuk kepada 16,800 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk sesi persekolahan tahun ini.

Tahun lalu, anak syarikat negeri itu memperuntuk lebih RM10 juta bagi memperkasa sektor pendidikan merangkumi Program Tuisyen Rakyat Selangor, bantuan sekolah dan sumbangan prasarana.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pemerbadanan itu menyalur bantuan RM25.5 juta kepada agensi pendidikan antara 2021 hingga tahun lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619