PBT

Buang sampah di tapak pelupusan haram, MPKj sita 46 lori

24 Mei 2024, 7:20 AM
Buang sampah di tapak pelupusan haram, MPKj sita 46 lori

HULU LANGAT, 24 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita sebanyak 46 lori sampah kerana membuang sisa di tapak pelupusan haram.

Yang Dipertuanya Nazli Md Taib berkata semua lori tersebut disita antara Januari hingga Mei tahun ini dengan anggaran sitaan keseluruhan RM253,000.

"Tindakan ini dibuat menerusi operasi tapak pelupusan sampah haram yang dilaksanakan sejak Januari hingga Mei tahun ini.

"Kompaun telah dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPKj 2007," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di sini, hari ini.

Nazli menegaskan pihaknya akan mengadakan pemantauan berkala bagi membanteras kegiatan membuang sampah di tapak pelupusan haram.

"Pihak kami komited memastikan masalah itu dapat diselesaikan sekaligus meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan pentadbiran MPKj," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619