AGENSI

Imbau karya P Ramlee, Bujang Lapok Kembali Daa dipentaskan mulai 31 Mei

22 Mei 2024, 8:45 AM
Imbau karya P Ramlee, Bujang Lapok Kembali Daa dipentaskan mulai 31 Mei

SHAH ALAM, 22 MEI: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) mempelawa orang ramai menonton teater Bujang Lapok Kembali Daa mulai 31 Mei hingga 2 Jun.

Menerusi poster di Facebook, teater bagi mengenang karya seniman agung Tan Sri P Ramlee bakal dipersembah di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini.

Teater tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Suky San, Shahril Kamil dan Yazid Asril sebagai watak utama selain penampilan istimewa Najua P Ramlee.

Karya arahan Siti Sarah Ahmad Jamil dan diolah Suky San turut mendapat sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyediakan dana khas bagi membudayakan bahasa dan sastera.

Tambah PADAT, tiket boleh dibeli pada harga RM25 untuk dewasa, manakala RM15 bagi kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun dan warga emas melalui pautan https://my.shp.ee/iYsQ5Vg.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 013-700 4568, 011-7256 1028 atau 013-3175 433.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619