AGENDA

Pelakon wanita derita barah payu dara terima bantuan PM

22 Mei 2024, 5:27 AM
Pelakon wanita derita barah payu dara terima bantuan PM

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah Madani di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

“Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara. Pelakon drama Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Antara drama dilakonkan Nur Azifah, 60, ialah Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj, Kalimah Jiwa, Dia Bidadari Syurga, Inikah Dikatakan Cinta, Syurga Noah, Ratu Lori dan Suri Cinta.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619