AGENDA

PM: Tambahan bantuan Rahmah bukti penjimatan urus kewangan

21 Mei 2024, 3:22 PM
PM: Tambahan bantuan Rahmah bukti penjimatan urus kewangan

SHAH ALAM, 21 MEI: Bukti anjakan pengurusan negara dapat dilihat dengan jelas apabila sebahagian penjimatan itu dapat digunakan untuk menambah baik bantuan kepada rakyat.

Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan bagi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) ditingkat kepada RM700 juta, lebih lima kali ganda iaitu RM130 juta tahun lalu.

"Kita juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 berbanding RM600.

"Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kita naikkan RM2 bilion daripada RM8 bilion (2023) kepada RM10 bilion (2024) yang memanfaatkan 9 juta penerima," katanya pada Perutusan Negara malam ini.

Tambah beliau, bantuan kepada murid sekolah juga ditambah baik dengan memperluas Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan peruntukan hampir RM800 juta.

Selain itu, katanya insentif pengeluaran getah dinaikkan dua kali iaitu daripada RM2.50 sekilogram pada 2022 kepada RM2.70 (2023) dan RM3 pada tahun ini.

"Kerajaan Madani mengambil langkah meningkatkan pendapatan pesawah. Kadar Skim Subsidi Harga Padi

ditingkatkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 per metrik tan pada 2023," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619