AGENDA

Perkenal subsidi bersasar diesel, bantuan tunai buat peniaga kecil

21 Mei 2024, 1:53 PM
Perkenal subsidi bersasar diesel, bantuan tunai buat peniaga kecil

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel melibatkan pengguna di Semenanjung sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik kenderaan terpilih melibatkan petani, pesawah dan peniaga kecil.

"Jumlah penjimatan kepada kerajaan dijangka secara kasar sekitar RM4 bilion setahun daripada usaha penyasaran subsidi diesel.

"Bagaimanapun tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.,” katanya dalam Perutusan Negara malam ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di Semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial dengan bahan api itu.

Beliau berkata subsidi itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619