AGENDA

Baik pulih paip pecah di Jalan Tun Razak selesai 2.40 pagi

21 Mei 2024, 11:10 AM
Baik pulih paip pecah di Jalan Tun Razak selesai 2.40 pagi

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Tun Razak di sini sedang dilaksana dan dijangka selesai pada 2.40 pagi ini (22 Mei).

Air Selangor memaklumkan kawasan yang terjejas susulan insiden ini ialah Jalan Tun Razak, Suria KLCC, Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur, Titiwangsa, Pekeliling, Jalan Pahang Barat, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Tun Ismail.

“Segala usaha diambil bagi meminimakan impak gangguan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan ke Help Centre di Aplikasi Air Selangor atau hubungi talian 15300,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Air Selangor turut melaksanakan kerja mengesan paip yang disyaki bocor di hadapan bangunan Intermark dan Vista Damai di Jalan Tun Razak.

Susulan insiden itu, laluan utama Jalan Tun Razak yang menghala ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) mengalami kesesakan pagi tadi, berikutan hanya satu laluan di hadapan Vista Damai beroperasi susulan kerja penyenggaraan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619