EXCO

EXCO: Projek tangani banjir kilat di Puchong jangka siap hujung tahun

21 Mei 2024, 9:06 AM
EXCO: Projek tangani banjir kilat di Puchong jangka siap hujung tahun

SHAH ALAM, 21 MEI: Projek mitigasi banjir di kawasan Puchong membabitkan peruntukan RM5 juta dijangka siap hujung tahun ini, kata EXCO mobiliti.

Ng Sze Han berkata projek merangkumi kerja menaik taraf saliran di depan pusat membeli-belah IOI Mall; simpang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala Lebuh Puteri Puchong Indah dan Kampung Bunga Melor di Batu 14.

"Kerja menaik taraf sistem saliran ini telah bermula Mei tahun lalu dan setakat ini telah mencapai 50 peratus. Kita jangka keseluruhan projek mitigasi ini siap menjelang hujung tahun ini.

"Kita berharap projek ini akan mengatasi isu banjir kilat. Namun perubahan iklim mengakibatkan taburan hujan sekarang tidak menentu, bergantung kepada kadar penurunan hujan yang kadangkala sangat lebat.

"Pentadbiran negeri ini sentiasa berusaha untuk mengurangkan risiko banjir kilat dan projek mitigasi di Puchong adalah antara usaha yang dilakukan," kata Ahli Dewan Negeri Kinrara.

Media sebelum ini melaporkan banjir kilat sering berlaku di sekitar Puchong sejak tahun lepas yang menjejaskan trafik serta pengoperasian pusat perniagaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619