PBT

Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang perkenal 350 tinggalan sejarah

20 Mei 2024, 1:40 AM
Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang perkenal 350 tinggalan sejarah

SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan memperkenalkan 350 tinggalan sejarah menerusi Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang, kata timbalan datuk bandar.

Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata menerusi fasa pertama sebanyak 30 keistimewaan Klang akan didedahkan kepada orang ramai.

"Menerusi Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang, kita akan sama-sama menjaga kawasan warisan," ucapnya pada program Hari Klang Tanpa Kenderaan semalam.

Lima agensi terpilih dalam menjayakan usaha Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang ialah Telekom Malaysia, Universiti Malaya Community, PUSPANITA Daerah Klang, Polis Bantuan Sime Darby Property dan Kelab Kebajikan Kerjasama Klang (KCCC).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MBDK juga akan memperkenalkan Jejak Warisan Sungai Klang dan Jejak Bayu Samu dera dengan menggunakan bot.

"Ini bermula di Pelabuhan Klang dan jeti Taman Pengkalan Batu menyusuri kawasan Kuala Sungai Klang iaitu tapak kubu lama sewaktu Perang Klang.

"Selain mempertontonkan warisan semula jadi hutan bakau, kehidupan masyarakat Orang Asli dan nelayan, ia juga bagi memartabatkan kembali tapak-tapak sejarah lama yang tidak diketahui orang ramai," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619