PBT

Kebun komuniti laksana projek madu kelulut jana pendapatan penduduk

19 Mei 2024, 8:38 AM
Kebun komuniti laksana projek madu kelulut jana pendapatan penduduk
Kebun komuniti laksana projek madu kelulut jana pendapatan penduduk

SHAH ALAM, 19 MEI: Kebun Komuniti Pangsapuri Ukay Indah di Ampang Jaya melaksanakan projek Laman Kelulut bawah Projek Rejuvinasi Komuniti Selangor Laman Hijau Strata 2.0 (SCORE 2.0).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan 10 rumah madu kelulut jenis Itama dibina dengan peruntukan RM10,000 daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan Hartanah Selangor (LPHS).

“Sehingga kini, terdapat 10 rumah madu kelulut jenis Itama yang diusahakan sejak projek Laman Kelulut mula dilaksanakan Januari lalu.

“Inisiatif ini akan memberi nilai tambah kepada kebun komuniti selain menjana pendapatan apabila madu kelulut yang dihasilkan dipasarkan,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_643623" align="aligncenter" width="1027"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad melihat proses penghasilan madu kelulut jenis Itama yang diusahakan sejak projek Laman Kelulut di Kebun Komuniti Ukay Indah mula dilaksanakan pada Januari 2024. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Menurut MPAJ, Kebun Komuniti Pangsapuri Ukay Indah yang berkeluasan kira-kira 0.1 ekar dibangunkan sejak 2016 dan memiliki pelbagai tanaman sayuran seperti kubis, sawi dan ulaman.

Selain itu, katanya, dua lagi kebun komuniti MPAJ turut menerima peruntukan bawah projek SCORE 2.0 adalah Kebun Komuniti Laman Hijau di Pangsapuri Permai Putera Taman Dato Ahmad Razali dan Kebun Komuniti KRT Taman Dagang Fasa 2A.

“Melalui peruntukan tersebut, kebun komuniti di Pangsapuri Permai Putera Taman Dato Ahmad Razali melaksanakan tanaman sayuran melalui kaedah fertigasi, padi organik tanpa pengairan serta pengkomposan kelapa dan daun kering.

“Manakala Kebun Komuniti KRT Taman Dagang Fasa 2A mengusahakan laman komersial (seperti serai, kunyit, cili api) dan tanaman terung dalam polibeg,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619