AGENDA

Anggota tentera meninggal dunia ketika sertai larian bomba

19 Mei 2024, 7:32 AM
Anggota tentera meninggal dunia ketika sertai larian bomba

MELAKA, 19 MEI: Anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, yang bertugas di Kem Rasah, Negeri Sembilan meninggal dunia 12.15 tengah malam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

Beliau berkata anggota tentera itu dibawa ke hospital berkenaan 10.26 malam tadi dan diberikan rawatan pernafasan selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Anggota tentera itu menyertai larian berkenaan yang bermula 6 petang semalam. Siasatan awal mendapati dia menghidap darah tinggi sejak setahun lalu dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang unsur perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619