AGENSI

Sempena Hari Guru, dua sekolah terima agihan wakaf RM100,000

18 Mei 2024, 9:41 AM
Sempena Hari Guru, dua sekolah terima agihan wakaf RM100,000
Sempena Hari Guru, dua sekolah terima agihan wakaf RM100,000

SHAH ALAM, 18 MEI: Dua sekolah di negeri ini terpilih menerima agihan wakaf berjumlah RM100,000 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sempena sambutan Hari Guru, kelmarin.

Agensi wakaf itu memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Terap Tanjung Karang, Kuala Selangor dan SK Parit Empat Sekinchan, Sabak Bernam masing-masing menerima RM50,000 bagi tujuan naiktaraf surau.

“Program sumbangan ini adalah bersempena sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun, bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik kepada anak bangsa bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya menerusi Facebook.

Serahan cek cura disempurnakan Pengurus Bahagian Korporat PWS, Muhammad Hafiz Bahari dan diterima Guru Besar SK Sungai Terap, Suhana Misro dan SK Parit Empat, Mohd Hata Kamaruddin.

Orang ramai yang mahu menunaikan wakaf tunai, boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor.

[caption id="attachment_643467" align="aligncenter" width="692"] Pengurus Bahagian Korporat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Muhammad Hafiz Bahari (kanan) menyerahkan cek cura berjumlah RM50,000 kepada Guru Besar SK Parit Empat, Mohd Hata Kamaruddin. Foto FACEBOOK PWS pada 16 Mei 2024[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619