AGENDA

Tinggal bayi di kedai jual ayam, kes kedua selepas 2023

18 Mei 2024, 8:10 AM
Tinggal bayi di kedai jual ayam, kes kedua selepas 2023

CHUKAI, 18 MEI: Bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram (kg) dan cukup sifat itu ditemukan pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

"Bayi itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

"Saya meminta kerjasama klinik swasta dan kerajaan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima kes wanita baru melahirkan anak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai ayam berkenaan Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata bayi itu ditemukan dalam keadaan sudah tertanggal tali pusat dan menggigil kesejukan.

"Pada mulanya pemandu lori berkenaan menyangka tangisan bayi itu datang daripada anak kucing. Selepas diperiksa dia terkejut bayi itu ditemukan atas lantai dengan hanya beralaskan baju.

"Tahun lepas pernah berlaku insiden sama di kawasan ini tetapi melibatkan bayi perempuan," katanya

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619