AGENDA

Raja Permaisuri Agong ziarah jenazah dua anggota polis di IPK Johor

18 Mei 2024, 7:13 AM
Raja Permaisuri Agong ziarah jenazah dua anggota polis di IPK Johor

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan untuk berangkat menziarah jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan di balai polis Ulu Tiram awal pagi semalam, di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.

Seri Paduka Baginda yang berangkat tiba pada 11.37 pagi turut meluangkan masa menyantuni ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, selepas solat jenazah.

Pengurusan jenazah dua perwira negara itu dilaksanakan dengan adat Istiadat Kepolisan, dan ratusan anggota serta pegawai polis menunaikan solat jenazah itu, yang turut disertai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu jenazah kedua-dua anggota polis itu tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil IPK Johor dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini selepas proses bedah siasat.

Usai solat jenazah, dua keranda yang ditutupi Jalur Gemilang itu dibawa masuk ke van jenazah dengan penuh penghormatan, dan kedua-dua jenazah dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pada 11.55 pagi ini untuk urusan pengebumian.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak manakala Allahyarham Muhamad Syafiq, 24, di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619