AGENDA

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir

17 Mei 2024, 7:47 AM
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir

IPOH, 17 MEI: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 80 tahun itu ditemukan di atas katil di rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan.

"Mangsa yang tinggal seorang diri meninggal dunia bukan disebabkan lemas dan jiran mangsa yang memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan bantuan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam kenyataan berkata mangsa meninggal dunia disebabkan sakit tua.

"Kematian mangsa tidak berkaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun disebabkan banjir,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619