AGENDA

Polis tingkat kawalan keselamatan kawasan individu profil tinggi, istana

17 Mei 2024, 7:38 AM
Polis tingkat kawalan keselamatan kawasan individu profil tinggi, istana

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.

“Ini merupakan tindakan intervensi kita bagi menyekat apa-apa tindakan Jemaah Islamiyah, ia mustahak dan (menjadi) tanggungjawab kami terutama dalam tingkat kawalan anggota,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ulu Tiram di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama meminta pegawai dan anggota yang bertugas di dalam atau luar lapangan untuk sentiasa bersiap siaga dan berhati-hati sepanjang masa.

Dalam kejadian 2.45 pagi tadi tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berusia 19 hingga 62 tahun.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619