AGENDA

Ayuh penuhi stadium, tepuk minit ketujuh tanda solidariti buat Faisal

16 Mei 2024, 1:00 AM
Ayuh penuhi stadium, tepuk minit ketujuh tanda solidariti buat Faisal
Ayuh penuhi stadium, tepuk minit ketujuh tanda solidariti buat Faisal

SHAH ALAM, 16 MEI: Penyokong Gergasi Merah diseru menzahirkan solidariti buat Faisal Halim dengan menjayakan kempen bangun dan tepuk di minit ke-7 pada perlawanan Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ, Sabtu ini.

Selangor FC berharap penyokong dapat memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada pasukan yang membuka kempen Liga Super berdepan Sang Kenari disamping memberi sokongan terhadap Faisal yang kini dalam proses pemulihan selepas cedera disimbah asid.

"Ayuh, gemakan stadium dengan sorakan anda disamping kita sama-sama menzahirkan tanda solidariti buat Faisal Halim pada perlawanan Liga Super.

"Ayuh, Gergasi Merah, kita kasi jadi!" seru Selangor FC di Facebook yang turut memaklumkan tiket perlawanan berkenaan boleh diperoleh di TicketHotline.com.my

Dalam hantaran berasingan, Selangor FC turut memuat naik potongan video mengimbau jaringan yang dihasilkan Faisal ketika kali terakhir pasukan itu bertemu KDA FC di Stadium MBPJ.

Sebelum ini, pengurusan Selangor FC turut melancarkan kempen solidariti terhadap Faisal dengan paparan mesej sokongan pada papan iklan statik dan elektronik di setiap pihak berkuasa tempatan.

Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619