AGENDA

Lelaki hilang ketika berkelah ditemukan lemas di air terjun

13 Mei 2024, 9:01 AM
Lelaki hilang ketika berkelah ditemukan lemas di air terjun

BALING, 13 MEI: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah di kawasan air terjun Lata Bayu dekat sini malam tadi ditemukan lemas 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mangsa berusia 27 tahun ditemukan unit selam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kira-kira 15 meter dari tapak dia berkelah.

"Mangsa dipercayai lemas ketika menyelam kerana topeng selam masih dipakai ketika mayatnya ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Shamsudin berkata mangsa dikatakan keluar berkelah pada 11 pagi semalam bersama tiga rakannya sebelum bapa mangsa membuat laporan polis selepas rakan anaknya memberitahu berhubung kehilangan mangsa pada 9 malam tadi.

"Kali terakhir rakannya melihat mangsa ialah ketika mangsa memberitahu ingin pergi mencari cacing untuk memancing," katanya.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat dimulakan 10 pagi tadi melibatkan 55 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619