AGENDA

Menteri: Faisal Halim tidak sabar jalani fisioterapi, mahu kembali beraksi

12 Mei 2024, 11:58 AM
Menteri: Faisal Halim tidak sabar jalani fisioterapi, mahu kembali beraksi
Menteri: Faisal Halim tidak sabar jalani fisioterapi, mahu kembali beraksi

PELABUHAN KLANG, 12 MEI: Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya ditemui dalam Program Alam Be-Leaf Mangrove Tree Planting di sini hari ini.

[caption id="attachment_641726" align="alignleft" width="500"] Faisal Halim. Foto BERNAMA[/caption]

Dalam pada itu, Hannah berkata Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Muhammad Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan betul.

“Kita kena rujuk dengan doktor (kadar kesembuhan) dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri. Ada atlet mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza," katanya.

Pada 5 Mei lalu, Muhammad Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira 5 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619