BERITA UTAMA

Pelan tindakan negeri pintar hingga 2030 sedia pelbagai manfaat buat rakyat

12 Mei 2024, 11:09 AM
Pelan tindakan negeri pintar hingga 2030 sedia pelbagai manfaat buat rakyat
Pelan tindakan negeri pintar hingga 2030 sedia pelbagai manfaat buat rakyat
Pelan tindakan negeri pintar hingga 2030 sedia pelbagai manfaat buat rakyat

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Negeri di peringkat akhir meneliti penyambungan Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 hingga 2030 untuk terus menyemarak agenda pendigitalan negeri selaras keperluan semasa.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata penelitian akhir itu dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

“Kita bermula dengan program Smart Selangor pada 2016 hingga 2025 (dikemaskini sebagai Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 pada 2020).

“Kita dalam peringkat akhir meneliti penyambungan program itu terus ke 2030. Ada banyak perkara masih perlu diselesaikan, mungkin dalam dua atau tiga bulan lagi (selesai),” katanya selepas merasmikan program Jelajah Saya Digital@Shah Alam anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini hari ini.

[caption id="attachment_642574" align="aligncenter" width="1096"] EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah (tengah) bersama Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh (kiri) dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof melakukan simbolik perasmian Jelajah Saya Digital Shah Alam di AEON Mall Shah Alam pada 11 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau menjelaskan fasa pertama pelan tindakan itu banyak tertumpu ke arah penyediaan fasiliti dan kemudahan digital untuk digunakan rakyat.

“Dalam fasa kedua ini kita mahu melihat kepada keberkesanan penggunaan (fasiliti) tersebut dan bagaimana ia betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.

“Ini peringkat seterusnya termasuk latihan kepada penjawat awam berkaitan pengoperasian Smart State,” katanya.

Mengulas lanjut katanya Selangor sentiasa komited menyediakan ruang dan peluang pekerjaan lebih baik untuk generasi baharu dalam bidang digital.

“Industri pembuatan di Selangor dalam proses menaik taraf dan menggalakkan industri berasaskan penggunaan Internet kebendaan (IoT) dan robotik yang memerlukan pengendali bijak.

“Selangor juga meneroka pelbagai bidang baharu menerusi pelbagai inisiatif termasuk membangunkan pusat pengujian teknologi dron di Bestari Jaya (dengan pelbagai bidang) antaranya kaedah pengurusan ruang udara,” katanya.

[caption id="attachment_642575" align="aligncenter" width="991"] Pengarah Elza Wellness, Suhaiza Hussin (kanan) memberi penerangan mengenai minuman sarang burung kepada EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah (kiri) bersama Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh (dua kiri) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof (dua kanan) ketika perasmian Jelajah Saya Digital Shah Alam di AEON Mall Shah Alam pada 11 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619