AGENDA

KPN: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen PRK KKB

11 Mei 2024, 6:06 AM
KPN: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen PRK KKB

HULU SELANGOR, 11 MEI: Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada isu sensitif dibangkitkan mana-mana pihak pada kempen berkenaan selain daripada isu pembangunan.

"Dari segi keselamatan, kebanyakan anggota dan pegawai memang sudah biasa mengurus dan menyusun atur keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali bagi pengundi dan petugas pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Kempen PRK KKB bermula pada 27 April lepas iaitu selepas pengisytiharan calon bertanding, dan tamat pada 11.59 malam tadi.

Razarudin berkata 190 permit kempen telah diluluskan kepada parti dan individu yang bertanding pada PRK berkenaan.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619