AGENDA

Polis siapkan fotofit individu simbah asid terhadap Faisal

11 Mei 2024, 3:21 AM
Polis siapkan fotofit individu simbah asid terhadap Faisal

SHAH ALAM, 11 MEI: Polis dalam proses menyiapkan fotofit individu disyaki terbabit dalam kes simbahan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi memastikan dalang serangan dihadapkan ke mahkamah, lapor Harian Metro.

"Buat masa ini, hari ini kita akan buat fotofit, daripada situ kita akan kumpul lagi maklumat. Kalau mengikut Datuk Seri Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) cap jari akan diambil untuk dikaji," katanya.

Setakat ini, Razarudin menjelaskan lebih 12 individu sudah dirakam keterangan termasuk mangsa sendiri, ahli keluarga, pengawal keselamatan di lokasi, doktor dan individu berkepentingan.

Sebelum ini dilaporkan Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619